Umum mengetahui bahawa peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) di bawah kelolaan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) merupakan sejenis peperiksaan yang diduduki oleh para pelajar di mana ianya merupakan prasyarat kepada pelajar yang memohon kemasukan ke institusi pengajian tinggi tempatan bagi mengikuti pengajian ijazah pertama. Menerusi peperiksaan ini, taraf penguasaan para pelajar dalam Bahasa Inggeris diuji sebelum mereka menyambung pengajian ke IPTA yang diingini
Peperiksaan MUET berlangsung sebanyak tiga kali (3 sesi) dalam setahun. Sesi peperiksaan yang dapat diduduki oleh para pelajar adalah pada bulan Mac (sesi 1), Julai (sesi 2) dan November (sesi 3). Namun begitu, calon boleh mengambil peperiksaan MUET pada waktu selain daripada ketiga-tiga sesi yang dimyatakan melalui sistem peperiksaan baru iaitu MUET on Demand (MoD)
1. Kelas English Dewasa/Kerja & Tuition MUET/iELTs - RM69 shj!
2. Servis Proofread & Terjemahan Malay - B.Inggeris (Jurnal, Abstrak, Buku, etc)
3. Rewrite Tesis & Artikel / Transkripsi Audio/Video > Text/Subtitle
>> http://www.MyCambridge.blogspot.my @ emel : my_cambridge@yahoo.com
Terdapat empat jenis ujian yang perlu dilalui oleh calon-calon peperiksaan MUET iaitu Listening Test (Ujian Pendengaran), Speaking Test (Ujian Lisan), Reading Test (Ujian Pemahaman/soalan objektif) dan juga Writing Test (Ujian Penulisan)
Keempat-empat ujian ini memberi jumlah keseluruhan sebanyak 300 markah dengan Reading test menyumbang markah tertinggi iaitu sebanyak 120 markah, diikuti Writing Test yang berjumlah 90 markah kemudian Listening dan Speaking Test dengan markah terendah iaitu masing-masing menyumbang sebanyak 45 markah sahaja
Selain menelaah buku panduan atau rujukan, calon-calon juga boleh mendapatkan contoh soalan MUET Speaking, Reading dan Writing tahun-tahun sebelum ini untuk membuat persediaan sebelum menghadapi peperiksaan dengan lebih efisyen
Cara ini dapat membantu pelajar agar lebih fokus terhadap topik-topik penting dan secara tidak langsung memberikan lebih masa untuk mereka mengulangkaji pelajaran
Tips Contoh Soalan Peperiksaan MUET Speaking Listening Reading & Writing
Berikut dikongsikan contoh soalan-soalan MUET yang merangkumi soalan Speaking, Reading, Listening dan Writing tahun-tahun lepas buat rujukan calon peperiksaan
Contoh Soalan MUET
Contoh soalan MUET mengikut jenis ujian iaitu Speaking, Reading dan Writing adalah seperti berikut. Klik pada pautan yang disertakan pada setiap kertas untuk melihat soalan dan skema jawapan (jika ada)
|
Tips Menghadapi Peperiksaan MUET
Buat calon yang bakal menduduki peperiksaan MUET, berikut dikongsikan beberapa tips yang dapat digunakan untuk menghadapi Listening, Speaking, Reading dan juga Writing Test:
Reading Test
Sudah tentu untuk menjawab Reading Test iaitu ujian membaca dengan mudah, calon harus banyak membaca. Perbanyakkan sumber bahan bacaan tidak kira pengetahuan am atau fakta, novel atau suratkhabar, malah apa-apa jenis bahan bacaan dalam Bahasa Inggeris pun dapat membantu calon ketika ujian. Hal ini kerana semakin banyak membaca, semakin banyak kosa kata yang dapat dikuasai sekaligus membolehkan seseorang itu untuk membina struktur ayat yang baik tanpa kesilapan tatabahasa
Listening Test
Selalunya ketika bakal menghadapi peperiksaan, para pelajar perlu fokus mengulangkaji dan mengurangkan tontonan televisyen. Namun begitu, untuk menduduki Listening Test (ujian mendengar) MUET, mengulangkaji pelajaran sambil menonton televisyen atau mendengar radio adalah digalakkan. Cara ini dapat membantu calon melatih kemahiran pendengaran mereka sambil membuat kesimpulan daripada apa yang mereka dengar atau tonton
Speaking Test
Menduduki Speaking Test adalah mencabar bagi para pelajar Malaysia. Hal ini kerana majoriti rakyat Malaysia tidak menggunakan Bahasa Inggeris dalam perbualan seharian mereka. Oleh itu, untuk mengatasi masalah ini calon boleh perbanyakkan bercakap dalam Bahasa Inggeris antara satu sama lain walaupun menggunakan perkataan yang mudah, asalkan poin atau mesej yang ingin disampaikan itu difahami dengan jelas. Jadikan pertuturan dalam Bahasa Inggeris sebagai budaya supaya tidak kekok semasa ujian lisan nanti
Writing Test
Antara persediaan terbaik yang dapat dilakukan oleh calon untuk menduduki Writing Test adalah dengan menjawab contoh soalan-soalan peperiksaan MUET yang lalu. Pelajar boleh melatih diri menulis jawapan dalam tempoh masa yang ditetapkan selain membiasakan diri dengan format dan corak soalan. Latihan yang berterusan dapat membantu calon mencurahkan idea, pandangan, serta komen dengan lebih bernas dalam tempoh masa yang terhad
contoh soalan muet tahun lepas soalan tahun lepas muet answer soalan tahun lepas muet apa soalan lazim muet contoh soalan muet soalan tahun lepas muet dan jawapan soalan tahun lepas muet essay soalan tahun lepas muet english soalan tahun lepas muet exam soalan tahun lepas muet format soalan tahun lepas muet free soalan tahun lepas muet free download soalan tahun lepas muet grammar soalan tahun lepas muet keputusan 2022 soalan tahun lepas muet keputusan 2021 soalan tahun lepas muet keluar muet soalan soalan tahun lepas muet listening soalan tahun lepas muet lama soalan muet soalan tahun lepas muet pdf contoh soalan muet reading soalan tahun lepas muet speaking soalan tahun lepas muet semakan soalan muet speaking soalan tahun lepas muet writing soalan tahun lepas muet words soalan tahun lepas muet writing 2022 soalan muet writing contoh soalan muet writing soalan tahun lepas muet yang baru