Tuesday, March 9, 2021

Apa itu Pelaburan Hartanah REIT? melabur dengan modal RM1k shj?

REIT merupakan singkatan kepada Real Estate Investment Trust atau dalam Bahasa Melayu bermaksud Amanah Pelaburan Hartanah.

Instrumen yang membolehkan anda melabur dalam hartanah dengan mudah.

Ia merupakan dana atau sebuah tabung amanah yang memiliki dan menguruskan hartanah komersial untuk menghasilkan pendapatan.

REIT ini lebih kurang sama macam Amanah Hartanah Bumiputera yang ada gambar Neelofa tu. Cuma bezanya REIT ini diapungkan di pasaran saham, jadi pelabur berpeluang mendapat dua jenis keuntungan; dari segi kenaikan harga dan juga dividen.



Secara ringkasnya, dalam portfolio sesebuah REIT mengandungi beberapa aset hartanah sama ada hartanah komersial, runcit, perindustrian, hospitaliti, penjagaan kesihatan atau pun ladang. Pendapatan utama REIT ini adalah dari segi sewa kedai, lot atau tapak; dan juga segala pendapatan lain yang boleh dijana seperti iklan dan lain-lain di dalam aset hartanah mereka.

Pelaburan dalam bidang hartanah umumnya memerlukan modal yang besar jadi tidak semua orang mampu untuk melabur dalam bidang ini. REIT memberikan pilihan kepada pelabur untuk melabur dalam harta tanah komersial berskala besar yang berkualiti tanpa perlu membeli harta tersebut secara langsung, menawarkan aliran pendapatan yang stabil dan hasil pengagihan pendapatan yang menarik.

4 Kelebihan Melabur di dalam REIT
1. Mampu Milik

Kos untuk melabur di dalam REIT adalah lebih rendah berbanding kos pelaburan secara langsung dalam hartanah. Anda boleh mulakan pelaburan dengan perbelanjaan yang minimum.

2. Kecairan / Mudah Tunai

Unit REIT yang tersenarai di pasaran Bursa lebih cair dan mudah ditukarkan kepada wang tunai berbanding harta fizikal kerana REIT didagangkan di pasaran saham.

3. Aliran Pendapatan Yang Stabil

Kadar kenaikan dan penurunan harga (volatility) lebih rendah berbanding saham lain. Pelabur REIT kebiasaannya akan menerima bayaran dividen yang konsisten dan stabil hasil yang diperolehi daripada sewa yang dibayar oleh penyewa harta REIT.

4. Pengurusan Profesional

Segala hal berkaitan hartanah REIT akan diuruskan oleh pengurus dana yang profesional. Jadi anda tak perlu pening kepala untuk berdepan dengan karenah penyewa dan segala jenis paperwork seperti dalam pelaburan real estate.

Macam Mana Nak Beli REIT?
Pelaburan REIT adalah sama seperti pelaburan saham biasa. REIT tertakluk kepada peraturan perdagangan, pembayaran, penjelasan dan penyelesaian yang sama (T+3). Anda perlu membuka akaun CDS dan mempunyai trading akaun terlebih dahulu.



...Baca disini bagaimana untuk melabur dalam REIT >> http://www.KLFX.blogspot.com



.

No comments: